Sunday, March 17, 2013

Kerja Baru

Aku kini mempunyai syarikat Sendiri iaitu JAG Succeed Enterprise (JM 0620151-V). Ia adalah sebuah syarikat fotografi

Saturday, April 2, 2011

Selamat Kembali Zeryx!


Hari ini adalah 02 April 2011..

Hampir 4 tahun aku tidak mengupdate langsung blog ini..macam-macam perkara telah terjadi..tapi kini aku telah menjadi seorang guru.Hari ini ialah Mesyuarat Agung PIBG di sekolahku..tiada apa-apa yang menarik..hanya aku menang sebuah beg dalam cabutan bertuah..hahaha

Saturday, February 28, 2009

The New Me..

Yay!I will start posting about myself starting today!..
All these times..i've been to busy for having myself relaxed..so, iwent down to a serene place today which is..

Pantai Punggai at Kota Tinggi..

I'm still on my vacation holidays..huhu

Friday, August 22, 2008

Monday, January 28, 2008

Website company..

Hmm..banyak keje plak aku nak upload fail ke website company..macam2 layang boss nak..tapi takpe..aku siapkan beberapa template, so..just wait & see..hehehe

Wednesday, January 16, 2008

Cerita Tamat...

http://totallyhelloproject.wordpress.com/downloads/

Oklah..cerita pasal J-Pop dah abis..pasni aku nak cerita pasal Idola bass aku plak iaitu Alex Skravesky, John Myung dan Nathan East-tu yang mat salleh or negro..yang Malaysia plak aku nak cerita pasal JayJay-kenapa aku minat gile dengan Jay Jay ni... So, oleh sebab cerita pasal J-pop dah abis,untuk tatapan semua,Kat atas tu ada link untuk pegi ke download section artis2 hello!project..kalau minat dengan J-Pop, apa salahnya dengar..Btw, Hari ni tak de ape yang menarikla cuma tadi petang aku dah beli tembakau baru untuk paip aku siap dah beli berus untuk bersihkan paip je..hehehehe

Thursday, January 10, 2008

Minimoni & W: In Memories of Tsuji & Kago


W (2004-2007): Kago Ai & Tsuji Nozomi


Mini Moni (2000:Tsuji, Mika,Mari& Kago)

Sejak akhir-akhir ni aku suka pulak dengar lagu "samidare Koi Uta" (Early Summer Rain Love Song) oleh W. Walaupun W dah tak wujud lagi ataupun apabila ada keajaiban berlaku, aku tak rasa W akan jadi macam dulu. Kago telah ditamatkan kontraknya dari Hello!Project pada Mac 2007 akibat skandal menghisap rokok dibawah umur dan Tsuji pun sekarang dah ada famili sendiri (Tsuji berkahwin dengan Ultraman Cosmos (Taiyou Suguira) dan baby Tsuji-Noa Suguira dilahirkan pada November 2007). W 'disbanded' pada Mac 2007..Ramai peminat (termasuk aku la) yang kecewa dengan perkembangan ini tapi takpelah..hehehehe.

So,Aku nak mulakan cerita ni..macamni..Minimoni ialah satu sub-group dalam Morning Musume (MM). Minimoni ditubuhkan pada akhir 2000 oleh Mari Yaguchi dan ahlinya terdiri dari member yang kurang dari 150cm (Mari sendiri mempunyai ketinggian 145cm je). Tsuji & Kago yang berumur 12 tahun pada masa itu telah dipilih oleh tsunku & Mari untuk menyertai Minimoni. Mika Todd (dari coconut Musume) kemudiannya dimasukkan ke dalam group ini..dan segalanya pun bermula..
Minimoni lebih menumpu kepada pendengar kanak-kanak (walaupun Mari & Mika berumur 17 & 18 tahun pada masa itu).Mereka mempunyai rancangan tersendiri didalam Hello!Morning iaitu "Minimoni Chicchaa!".Minimoni adalah sub-group ke-2 terpopular selepas Pucchi Moni dengan jualan single melebihi 2juta unit. Single mereka "Minimoni JankenPyon" mendapat tempat pertama dalam carta dan sehingga kini,merupakan single terbaik mereka. Lagu Minimoni yang aku minat ialah Minimoni Ai~in Dance No Uta& Ai~in Taisou (Duet dengan Bakatono-sama / Ken Shimura), Telephone Rin Rin Rin dan Hinamatsuri

Minimoni akan sentiasa diingati kerana kenakalan Tsuji-Kago dan juga kerana suara harmoni mereka.Mari kemudiannya keluar dari minimoni untuk menyertai ZYX dan Ai Takahashi menggantikannya. Single terakhir mereka ialah "Lucky Cha!cha!cha!". Pada tahun 2004 juga, mereka terlibat dengan drama "Minimoni Brementown Musicians" dan itulah kali terakhir mereka bersama sebelum group ini menjadi tidak aktif.Mika juga keluar dari Hello!Project untuk menyambung pengajiannya di Amerika pada May 2004.

Tsuji & Kago (2 orang sahabat baik) yang bimbang dengan perkembangan Minimoni telah bersetuju untukmenubuhkan W. Seperti biasa,semua lagu yang dinyanyikan adalah hasil ciptaan Tsunku. Januari 2004 menjadi pentas pertama W membuat persembahan. Tsuji & Kago telah keluar dari Momusu pada Ogos 2004 dan single mereka "Aa Li Na!" keluar seminggu selepas itu.Sepanjang kewujudan W, mereka mempunyai 2 album & 6 single yang popular.Single mereka "Koi no vacance" dan "Koi No Fuga" adalah lagu asal group popular 60-an iaitu The Peanuts dan mereka juga ada merakam semula lagu "South Paw"oleh group Pink Lady. Lagu "samidare koi Uta"tu ada dalam album kedua mereka "2nd W".nak download bolehla klik kat bawah ni:

http://totallyhelloproject.wordpress.com/downloads/w-downloads/

Haha...ok tak blog ni?siap bagi link nak download lagi..huhuhu..

Ngantuknya la..aku sebenarnya buat benda ni dah pukul 1 pagi dah..ok daaa...